Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...bersyukur kita ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, maka dapatlah kita menerbitkan Laman Web Rasmi MRSM Tun Mustapha, Tawau (MRSM TMT). Ucapan ribuan terima kasih saya dahului kepada pihak pengurusan dan Unit Teknologi Maklumat MRSM TMT di atas kesudian memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan perutusan dalam laman web ini.

Dengan terbitnya laman web ini, bermakna kita telah maju setapak lagi dalam bidang teknologi maklumat. Banyak maklumat penting berkaitan dengan persekitaran pembelajaran di MRSM TMT akan dapat disampaikan dan disebarkan kepada ibu bapa, pelajar, guru dan kakitangan dengan lebih cepat dan tepat.

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, ianya dapat memberi pendedahan tentang pentingnya menguasai bidang teknologi maklumat dalam era globalisasi khususnya kepada semua warga MRSM TMT disamping dapat mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan dan pendidikan agar lebih cekap dan efisyen.

Saya berharap agar semua pihak dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan laman web ini sebagai salah satu saluran komunikasi untuk menyampaikan maklumat serta dapat berkongsi bersama dan dapat memberi input yang berguna kepada semua pihak dan para pembaca yang mengunjungi laman web MRSM TMT ini.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat khususnya Unit Teknologi Maklumat yang bertungkus lumus dalam memastikan Laman Web MRSM TMT ini menjadi satu kenyataan.

 

Sekian, terima kasih.