Laman Utama > PEMBANGUNAN PELAJAR > Lembaga Disiplin Pelajar






ADUAN KEROSKAN (DALAMAN)

 

            Jumlah Pengunjung: 

                Counter for tumblr

 

 


Lembaga Disiplin Pelajar

Pengenalan LDP

Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) merupakan suatu badan organisasi pelajar yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang telah melalui proses temuduga dan tapisan secara terperinci sebelum dilantik ke jawatan di dalam badan ini. LDP juga boleh dianggap sebagai badan pengawas yang membantu guru disiplin dan warden asrama dalam memastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh pihak MRSM Tun Mustapha, Tawau. Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) ini juga merupakan satu daripada cabang kegiatan kokurikulum pelajar bagi membantu pihak maktab menguatkuasakan peraturan-peraturan maktab.

 

Matlamat

Mewujudkan suasana disiplin yang harmoni dan berakhlak mulia dalam kehidupan pelajar MRSM.

Membentuk satu generasi pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.

Membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada pelajar-pelajar agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak MRSM Tun Mustapha, Tawau dan seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang amanah dan berintegriti.