Objektif MRSM Tun Mustapha

- Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik, cergas fizikal, sempurna sahsiah, kukuh iman, berdaya saing, saintifik dan global.

- Mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif dan memberangsangkan untuk pembelajaran.

- Mewujudkan sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.

- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat.

- Melahirkan pelajar-pelajar yang cekap berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

- Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

- Memastikan ciri-ciri Budaya MRSM dihayati dan diamalkan oleh seluruh warga MRSM.

 

Objektif Operasi MRSM Tun Mustapha

Urusan Tadbir Urus

- Mencapai pematuhan 100% dalam semua aspek pemeriksaan audit.

- Mewujudkan iklim persekitaran yang dinamik dan kondusif terhadap pembelajaran.

- Menjadikan asrama dan persekitaran maktab bersih dan selesa.

- Melaksanakan program pembangunan staf melalui Komiti Pembangunan Staf (KOMPAS) secara terancang.

 

Urusan Pendidikan

- Menjadikan MRSM Tun Mustapha sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kecergasan fizikal.

- Semua pelajar tingkatan tiga mencapai 100% band tertinggi dalam semua subjek yang diambil PT3.

- 80% daripada pelajar-pelajar tingkatan lima memperoleh gred A+, A dan A- dalam semua subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM).

 

Program Perkembangan Sahsiah

- Menjadikan MRSM Tun Mustapha sebagai institusi pendidikan yang cemerlang dalam bidang sahsiah.

- Menjadikan MRSM Tun Mustapha sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dalam perkembangan diri dan emosi.

 

Program Pembangunan Bakat

- Menjadikan MRSM Tun Mustapha sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dalam bidang keusahawanan.