Program Pendidikan Dwisijil di MRSM

Program pendidikan dwisijil MRSM bermula pada tahun 2011 di MRSM Tun Abdul Razak. Pada 2012, lima buah maktab program dwisijil menyusul iaitu MRSM Kota Putra, MRSM Baling, MRSM Batu Pahat dan MRSM Alor Gajah. Kemudian pada tahun 2013, lapan buah maktab dwisijil diperkenalkan iaitu MRSM Langkawi, MRSM Kubang Pasu, MRSM Parit, MRSM Serting, MRSM Johor Bahru, MRSM Kuantan, MRSM Tumpat dan MRSM Tawau. Dua buah lagi MRSM menjadi maktab program dwisijil pada tahun 2014, iaitu, MRSM Kuala Kubu Bharu dan MRSM Kuala Klawang.

Sememangnya pemilihan MRSM Tun Mustapha di Tawau menjadi kejutan dan tanda tanya bukan sahaja kepada umum tetapi kepada para pendidik maktab sendiri. Kejayaan MRSM Tun Mustapha menempatkan dalam ranking 20 maktab terbaik SPM pada 2011 mungkin menjadi pencetus utama kepada pemilihan sebagai maktab dwisijil yang pertama di Borneo.

Program dwisijil diperkenal sebagai wacana untuk memenuhi keperluan lokal dan global dengan mementingkan keperluan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Program dwisijil ialah program gabungan kurikulum kebangsaan dan kurikulum International General Certificate of Secondary Education atau lebih dikenali sebagai IGCSE.  IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan MRSM sedia ada.  Hasratnya supaya pelajar MRSM should learn and go beyond SPM.

Pelajar yang mengikuti program dwisijil di MRSM Tun Mustapha akan mengambil dua peperiksaan, IGCSE (pada semester 2 tingkatan 4) dan SPM (di akhir semester tingkatan 5). Sebelum menghadapi peperiksaan besar IGCSE, satu ujian diagnostik yang dikenali sebagai Checkpoint akan diambil oleh pelajar ketika mereka berada di tingkatan 2. Subjek-subjek peperiksaan yang terlibat ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains (peringkat Checkpoint) manakala tambahan subjek-subjek seperti Matematik Tambahan dan pecahan komponen Sains kepada Biologi, Kimia dan Fizik. Ini menjadikan jumlah enam subjek peperiksaan IGCSE.

Proses pemilihan pelajar untuk program pendidikan dwisijil ialah melalui temuduga dan ujian bertulis yang diadakan dalam bulan Disember. Pada 15 Januari 2013, MRSM Tun Mustapha menyambut seramai 60 pelajar perintis program ini dan sehingga akhir 2013, jumlah pelajar direkodkan seramai 66 orang.

 

Pengantarabangsaan Sistem Pendidikan MRSM

Transformasi pendidikan yang dicetuskan MARA The Way Forward, mencabar MRSM untuk melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif (GEC), khususnya untuk membantu negara menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB). Oleh itu, MRSM berhasrat menghasilkan modal insan yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan bertaraf dunia.

 

Justeru, program dwisijil diperkenal sebagai wacana untuk memenuhi keperluan lokal dan global dengan mementingkan keperluan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Program dwisijil ialah program gabungan kurikulum kebangsaan dan kurikulum antarabangsa Cambridge. Pelajar akan menduduki dua pensijilan iaitu International General Certificate of Secondary Education(IGCSE) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

IGCSE diperkenalkan sebagai nilai tambah (value-add) kepada sistem pendidikan MRSM sedia ada.  Hasratnya supaya pelajar MRSM dapat belajar dan berupaya melampaui SPM.  Tambahan pula, sijil IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan diiktiraf di kebanyakan universiti antarabangsa.