Laman Utama > PEMBANGUNAN PELAJAR

PEMBANGUNAN PELAJAR

Homeroom
19 July 2017 12:19 PM
adminht

Senarai Nama Guru Homeroom 2017

Badan Wakil Pelajar
19 July 2017 10:38 AM
admin

Pengenalan BWP

Badan Wakil Pelajar (BWP) ditubuhkan sebagai satu badan kebajikan dan kerjasama dalam menjaga kepentingan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ke arah mencapai matlamat dan wawasan pembangunan bangsa dan negara,disamping menjadi titian atau landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyubur bakat kepimpinan serta demokrasi dan kerjasama di kalangan pelajar.

 

Matlamat
Matlamat merupakan satu aset yang penting dan bertindak sebagai teras atau jalan supaya semua perancangan yang dijalankan sentiasa berada di landasannya.Antara matlamat BWP ialah :

  • Moto MRSM "Berdisplin,Berilmu dan Beramal" adalah sentiasa dijunjung dan diamalkan oleh setiap pelajar.

  • Setiap pelajar mendapat pimpinan, bimbingan, kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

  • Program/aktiviti BWP telah dirancang dengan rapi untuk memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan.

Unit Bimbingan & Kaunseling
19 July 2017 10:39 AM
adminht

Pengenalan

Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Tun Mustapha, Tawau adalah merupakan satu unit terpenting dalam memberikan khidmat nasihat, pandangan, bimbingan, panduan kerjaya, dan sebagainya kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar MRSM Tun Mustapha, Tawau. Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Tun Mustapha, Tawau dikendalikan oleh 2 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu Pn. Suriyani Binti Yahya dan En. Muslim Bin Muhmad yang begitu aktif dan berpengalaman dalam mengendalikan permasalahan yang berlaku di dalam kehidupan pelajar dan juga di kalangan pelajar.

Lembaga Disiplin Pelajar
19 July 2017 10:39 AM
adminht

Pengenalan LDP

Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) merupakan suatu badan organisasi pelajar yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang telah melalui proses temuduga dan tapisan secara terperinci sebelum dilantik ke jawatan di dalam badan ini. LDP juga boleh dianggap sebagai badan pengawas yang membantu guru disiplin dan warden asrama dalam memastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh pihak MRSM Tun Mustapha, Tawau. Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) ini juga merupakan satu daripada cabang kegiatan kokurikulum pelajar bagi membantu pihak maktab menguatkuasakan peraturan-peraturan maktab.

 

Matlamat

Mewujudkan suasana disiplin yang harmoni dan berakhlak mulia dalam kehidupan pelajar MRSM.

Membentuk satu generasi pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.

Membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada pelajar-pelajar agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak MRSM Tun Mustapha, Tawau dan seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang amanah dan berintegriti.